Bahasa Melayu - Imbuhan
Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa aglutinatif yang mana imbuhan dibubuh pada kata akar untuk mengubah fungsi kata tersebut dalam ayat atau menukar ertinya kepada sesuatu yang berkaitan dengan kata akar itu. Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.
Contoh imbuhan awalan termasuk "me(n)-", "pe(n)-", "di-", "ber-", "ter-" dan "ke-", manakala imbuhan akhiran pula termasuk "-an", "-kan", "-i". Imbuhan apitan merupakan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran serentak pada satu kata akar, seperti "ke-" + "ada" + "-an" menjadi "keadaan". Imbuhan sisipan merupakan imbuhan istimewa yang dibubuh di tengah kata akar untuk mengubah fungsi ertinya, cth: "-el-", "-em-", "-en-" dan "-er-".
Sebagai bahasa aglutinatif, bahasa Melayu boleh menindankan imbuhan pada kata yang sudah berimbuhan, cth: "kepenggunaan" ialah hasil pembubuhan "ke-" pada "penggunaan" yang terbentuk daripada kata akar "guna" yang dibubuh apitan "ke…an".
Latihan-latihan
Imbuhan awalan 1
Imbuhan awalan 2
Imbuhan awalan 3
Imbuhan akhiran 1
No comments:
Post a Comment